MAKANAN YANG TERKENAL DI NEGERI SEMBILAN
1. RESTORAN WADI AR-RAUDAH
Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, Seremban
Menarik nya Restoran ini adalah kerana ia menghidangkan the best dishes of Negeri Sembilan yang semestinya lah Masak Lemak Cili Api. Macam-macam masak lemak cili api ada ~ Ikan Keli Salai, Daging Salai, Telur Itik, Ayam dan tak ketinggalan Rendang Itik. Makan kat sini memang best. Cukup lemak dan pedas segala. Tengok lah pinggan kitorang, tiga-tiga ambik Masak Lemak Cili Api Telur Itik. Gambar-gambar lain kitorang lupa nak ambik sebab 'over excited'. Hehehe. Ohhh by the way, makan 3 orang kat sini adalah RM27.00 termasuk semangkuk Sup Tulang dan air sorang satu. Ok la tu .. zaman sekarang mana ada yang murah, kannnn.
2. HAJI SHARIFF CENDOL
Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan
Lepas tu kitorang ber 'dessert' Cendol yang terkenal di Seremban ~ Cendol Haji Shariff di Jalan Yam Tuan.
Cendol jagung lebih tu confirm lah Misz-ella punya .. sebab saya memang peminat jagung. Lagi banyak lagi best. Istimewa nya Cendol di sini ialah sebab ianya menggunakan Gula enau. Sedap. Cendol kat sini RM1.70 semangkuk sahaja. Murah, kan.
Rojak kat sini pun tersangatlah sedap. RM4.00 sahaja.
Seriously both Rojak dan Cendol ni bila digabungkan bersama rasanya tersangatlah Yummy. Sedap sangat-sangat. Puas gila makan kat sini. Kos makan Cendol 3 + Rojak 1 = RM6.10. Yeayy !!
3. POPIA KUALA KANGSAR
Gerai No. 11, Stadium Tuanku Abd. Rahman, Paroi
Lagi satu yang best kat Negeri Sembilan ialah kewujudan gerai Popia Kuala Kangsar. Tak sangka ramai yang datang ke sini untuk menikmati Popia Kuala Kangsar. Dengar khabar orang KL pun ramai turun ke Paroi untuk Popia sedap ni. Maka kitorang pun nak jugak mencuba.
Ada dua jenis Popia - yang kering dan basah. Off course kami pilih yang basah. Murah sangat - RM1.20 sahaja satu. Dan seriously, sangat sedap.
Ooppsss .. bukan tu sahaja, kat sini pun ada jual Cucur Udang Campur
Cucur Udang campur Tahu goreng, Timun dan Tauge makan dengan Sos Cucur Udang. Sedap gila! RM2.50 sahaja sepinggan.
4. SATE MINANG
Depan Kedai No. 3, Jalan Dato Abdul Rahman, Pekan Seremban
Buat peminat Sate Minang, or those yang baru nak merasa Apakah rasanya macam Misz-ella, boleh la berkunjung ke Gerai No. 18 kepunyaan Rejab Bin Ripin ni. Dekat area Benteng Seremban atau lebih tepat lagi di Jalan Dato Abdul Rahman, Seremban. Gerai ni bukak di waktu malam sahaja.
Sate Minang
Sate Minang ni dibuat dari organ-organ dalaman. Means hati + limpa + paru dan macam-macam lagi. Dan dimakan dengan Kuah berlemak yang antara bahannya adalah kunyit, rempah ratus dan juga cekur. Dijual satu set = 6 cucuk RM5.00/set siap dengan Nasi Impit. Sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan sesuatu yang lemak berkrim tapi sayangnya kurang kena pada selera Misz-ella. Kawan Misz-ella yang dua orang tu OK je. Dorang suka.
Kat sini pun ada jual Bakso. Mintak lah Bakso kosong macam kitorang dan kongsilah semangkuk bertiga. Best. Best. Sangat best bila makan berjemaah macam ni. Terasa sangat kasih sayang nya. Hehehe.
5. N9 STICK FACTORY
No. 99 Persiaran S2, Seremban, Negeri Sembilan
OK .. yang ni menarik. Sebenarnya kitorang dah kekenyangan tapi tetap gigih nak selesaikan jugak Misi di Negeri Sembilan ni. Izzati suggest tempat ni *dia kan Duta Travel Negeri Sembilan*. Katanya di sini ada 'Lok-lok' dan boleh nak jugak kalau nak di grill
I love the Landscape
I love the environment ~ Tenang, damai. Slow, nice music. Boleh makan dengan santai dan rilek .. telinga pun tak bingit. Best tempat ni. Memang Misz-ella rekomen.